Posts

Kenapa Anak Susah Belajar

Kak maria ni emak yang sangat prihatin pasal perkembangan anak dia kat sekolah. Suatu hari tu, lepas suami dia balik kerja dan sampai di rumah, kak maria ni pun terus buru-buru cerita apa yang selalu terjadi kat anak dia sampaikan kak maria terlalu risau dengan aktiviti anaknya budin kat sekolah. Anak dia budin ni bukan lah budak nakal. Dia baik, dengar cakap mak ayah dia, tak tinggal solat. Sekolah pun dia tak ponteng. Cuma, apa yang buat mak dia risau sangat kat budin sebab budin ni ada masalah pelupa yang kritikal. Kak maria ni selalu tanya anak dia apa yang budin belajar kat sekolah. Bila ditanya pasal A, B, C sampai Z. Budin cuma ingat A, B dan C je. Padahal dekat sekolah budak-budak yang lain dah mula hafal A, B, C sampai Z. Dah boleh kira 1 sampai 10. Dah mula hafal doa. Yang anak dia ni tak dapat lagi. Anak dia ni betul-betul jenis yang pelupa. Cikgu kat tadika budin pun cakap, bila ramai-ramai baca A, B, C sampai Z budin boleh ikut sama. Bila disuruh ulang semula, budin lu